Laskar Pelangi 7


Benda yang selalu juga kami buat bila banjir ialah makan! Makan ubi kayu Mok Teh panas-panas…heaven! Makan pulak sambil duk atas jalan tar,atas tangga dalam air..lagi best.

Mok Tek selalu masak ubi kayu time banjir. Ubi keling.. Rebus lepastu makan dengan kelapa campur gula…ikan goreng..memang heaven! Masa tengah main Mok Teh bawak makan letak atas more(tangga) rumah aku. Makan ramai-ramai. Lepastu sambung main air. Kak Ma(mak Kak Yong) bawak balik makanan yang tak habis jual. Makan ramai-ramai.

Biasanya air naik tak lama. Kalau pagi naik, malamnya dah surut. Tapi kalau still hujan tak berhenti..malam tu kami risau jugak. Ada lah dua tiga kali banjir hujan tak berhenti-henti sampai air makin naik. Kami terpaksa berpindah.

Dulu kami pindah tidur kat surau kampung. Semua tidur sekali dekat surau tu. Then,year after that kami dah tak duduk kat surau tu dah kalau kena pindah. Lepas pada tu tiap kali pindah mesti pindah kat sekolah cina dekat bandar. Tempat perpindahan kalau banjir.

Kami dah biasa tidur kat kawasan perpindahan tu. Kalau tak ramai sangat kami tidur atas pentas kat dewan sekolah cina tu ja. Kalau ramai sangat kami kena tidur dalam kelas. Tapi yang aku ingat sekali je la kami kena tidur dalam kelas. Selalunya tidur kat pentas tu ja.

Aku teringat makanan kat kawasan perpindahan. Nasi putih dengan sardin. Tu je la menu tiap kali. Tak sedap tapi bila makan ramai-ramai berselera la juga. Tu ja menu yang ada. Terima je la.

Aku teringat memori tidur dalam kelas. Sebab masa tu ramai sangat yang kena berpindah. Kau ingatkan banjir besar yang melanda kawasan pantai timur. Memang banyak kawasan yang tak pernah banjir tiba-tiba kena. Kami yang tiap tahun banjir ni lagi lah..air naik pada tahap yang luar dari kebiasaan.

Sebab tu lah ramai sangat kat kawasan perpindahan tu. Kami yang biasa tidur atas pentas tukar tidur dalam kelas. Dalam kelas tu semua orang kawasan rumah aku. Mek Su yang selalu tak pernah berpindah pun ada juga.

Dah dalam kelas tu semua orang kita kenal,jadi bestlah nak main. Hahah..sebab masa tu kecik lagi. Otak fikir nak main ja. Orang dewasa risau fikir rumah tu macam mana. Kami ni duk fikir main ja. Haihh..

Aku pun tak ingat sangat apa yang kami main masa dalam kelas tu. Lama juga lah kami bermalam kat situ. Kalau tak silap aku 3 malam juga lah kami kat situ. Nampak tak punya teruk keadaan banjir tahun tu, selalunya 1 malam ja kami tidur kat kawasan perpindahan tu.

Mujurlah rumah tak teruk sangat kena. Tak ada lah air naik sampai bumbung. Barang-barang semua still okay la. Cuma rumah Kak Yong teruk juga lah. Rumah aku tinggi sikit. Kawasan ruang tamu tu biasa tak naik air. Tahun tu air naik sampai buku lali. Tu lah tahun yang banjir paling teruk.

Lepas pada tu banjir dah jarang sangat. Biasa tiap tahun banjir sekarang ni dah jarang sangat. Tahun lepas 2018 sekali pun tak banjir. Tahun 2019 ni pun belum. Tapi tengok macam selalu hujan. Mungkin bulan 12 nanti banjir lah kut.

Satu benda yang tak best(bagi orang dewasa…bagi kami best ja) nak mengemas bila air dah surut. Kalau rumah aku kawasan dapur tu memang kena kemas lah. Yang tu kena tengok timing yang sesuai. Tengah malam kalau pukul 1 atau pukul 2 air surut masa tu lah kau kena kemas. Sebab senang.

Kalau tunggu air surut sepenuhnya baru nak kemas, memang azab. Dengan dia punya selut tu dah melekat. Membazir air pun satu. Selalunya umi aku la yang kemas. Kami ni buat menyibuk ja. Bukan kemas betul-betul pun.

Kalau lepas banjir pulak, memang ada lah jalan yang berlubang. Jalan-jalan depan rumah bila lepas banjir…tengok keadaan jalan..dengan suasananya yang sejuk..ada hari yang lepas banjir ja panas terik. Ada hari lepas banjir dah surut still hujan lebat. Ada harapan nak banjir lagi hahaha. 

Aku ingat ada satu tahun tu banjir selang sehari. Hari ni banjir, esok surut. Lusa banjir lagi. Tahun tu aku rasa 3 kali banjir selang sehari. Dan tiap kali banjir kami memang akan terjun mandi. tak kira sejuk ke tak sejuk ke...mesti terjun jugak. 

Aku ingat Wok cakap kalau tak nampak puncak gunung/bukit dekat belakang rumah kami tu, tu tandanya nak banjir. Satu lagi nak tahu musim banjir dah dekat, bila cacing banjir keluar. Tu memang tanda tak lama nak banjir la tu.

Aku suka jalan-jalan bila lepas banjir surut. Tengok jalan jadi macam mana. Ada yang jalan tarnya dah hanyut...jalan nya berlubang. Paling teruk tiap tahun jambatan tu lah. Selalu berlubang bila banjir. That was something yang you know..it feels nice. Jalan-jalan kawasan rumah lepas banjir. It feels like home! Well..it is home. Home that we all used to it.

Thats why banjir adalah memori yang paling best pada aku. Banyak kenangannya. And tak pernah ada kenangan buruk waktu banjir.




#################################

Sampai sini je lah part banjir. Rasanya aku dah cerita semua. Setakat yang aku ingat lah. Kalau ada yang aku terlupa aku akan cerita dalam entry yang lain.

Aku rindu nak main air banjir lagi. Dah lama rasanya aku tak main air banjir. Lepas masuk matrik rasanya aku dah jarang main sebab jarang balik. Kalau balik pun bukan musim banjir. Dah masuk u pun sama juga. Rindu nak main air banjirrrr!!

Comments

Popular posts from this blog

Laskar Pelangi 8

Biarkan Jari Mula Berbicara