Laskar Pelangi 1

Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu diangkasa
Warnai bintang di jiwa

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah syurga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia…
Selamanya

Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita..

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi…

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah syurga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia…

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah syurga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia…
selamanya


-30/9/19-

 #####################################################

Zaman kanak-kanak merupakan zaman yang sangat bahagia. Terlalu bahagia sampaikan kita tidak mahu menjadi dewasa. Alangkah indahnya jika kita dapat kembali ke zaman itu. Tapi ciptaan tuhan,masa itu selalu bergerak ke hadapan bukannya ke belakang. Yang ada hanyalah kenangan untuk diingati sepanjang zaman.

 Aku adalah antara orang yang memiliki zaman kanak-kanak yang bahagia. Bersama-sama aku, rakan-rakan,saudara yang menjadi teman sepermainan. Yang berkongsi memori yang sama,kisah yang sama dan kenangan yang sama. Dan cerita yang akan aku sampaikan ini bergerak bersama masa.

Sebelum aku mencerikatan memori aku, aku nak perkenalkan geng-geng aku sewaktu kecik sampailah sekarang dan sampai bila-bila, Insyaallah. Geng-geng aku ramai perempuan.Mereka semuanya adalah adik,sepupu,jiran dan sahabat yang paling rapat dengan aku. Yup… mereka adalah keluarga aku. Keluarga besar aku. 

Yang paling tua antara kami ialah, aku dan juga sepupu aku yang kami panggil k.yong dan juga Mek Su (aku guna nama panggilan sahaja ya). Kami bertiga antara yang paling tua dalam geng kami. Dan kami juga menjadi kepala mastermind untuk segala aktiviti-aktivi kami.

Next,dibawah kami yang umurnya setahun muda dari aku namanya Payah. Turut berkongsi umur yang sama, Leme. Di bawah mereka beza umur 2 tahun, Ce’to, Sema’, dan Apih. Oh ya,diatas mereka ada lagi sorang, Peah. Peah dia sorang ja,tak kongsi umur dengan sesiapa. Seterusnya, yang kami panggil budak-budak Ecah, Syima, Una, Bibah, Along, Angah, Ainun. Kenapa budak2, sebab mereka memang budak haha…

So…where should I start. Hurmm…
Kalau dulu,kami bermain setiap petang. Habis je sekolah, lempar bag,tukar baju terus main. Mainan kami pulak macam-macam. Ayat “hari nie kita nok main gpo?” dah jadi ayat wajib kitorang setiap hari. Antara permainan kitorang..teng-teng atau dalam bahasa Kelantan kita panggil Dek Cok. Lagi,kitorang main sorok-sorok habis sampai atas rumah orang kita main dalam semak tu tak payah cakap la, habis kitorang masuk.

Lagi..kita main bola baye. Yang nie boleh kata mainan favourite kami lah. Haha..yang nie time nak bahagi team memang akan gaduh. Sebab team captain akan pilih player yang handal masuk team dia. And kalau ramai sangat player yang handal dalam satu team..haa yang tu la jadi gaduh. Aku? Aku lah antara player yang handal tu…hahaha. Dulu kitorang main skali dengan beberapa orang lelaki dekat rumah kitorang. Oh lupa nak bagitau yang rumah kitorang nie dekat-dekat ja. Buka tingkap jerit panggil nama boleh dengar sampai bilik air.

Ok…berbalik pasal bola baye tadie. Dulu kitorang main dengan budak lelaki yang rumahnya xde lah jauh sangat dari rumah kitorang. Budak laki nie memang teror main bole baye. Sapa masuk dalam team dia memang akan menang. Ada satu hari tu..aku join team depa. Masa tu,budak laki nie yang jadi teamcaptain and dia pilih aku masuk team dia. Memang mengamuk la budak-budak nie. Ye lah,aku kan teror jugak main benda nie. Tu yang depa marah,player handal duk skali..hehe.

Depa dah boleh nampak dah kekalahan depa sebab tu depa mengamuk. Tapi..nak buat macam mana dia dah pilih. So,nak bagi adil budak laki tu,aku dengan Apih satu team lawan budak-budak lain. Guest what..kitorang menang haha..makin marah la diorang and terbukti kami nie teror main. Esoknya diorang dah tak nak main bola baye dah,main benda lain..hahaha..




########################################

Okay, done untuk part 1. Nak baca lagi tunggu next part pulak ye. Ada sambungan lagi...Aku dah malas nak menaip. Biarkan jari ini berehat seketika ya! Ciao!

Comments

Popular posts from this blog

Laskar Pelangi 8

Biarkan Jari Mula Berbicara