Laskar Pelangi 6


This part pasal banjir!! ni part paling best!. paling ditunggu-tunggu tiap tahun. Memori dengan banjir ni banyak. Tiap tahun ada. Tiap tahun ada kenangan baru. Tapi yang paling aku ingat this couple of story for that couple of year.(ayat ntah pape).

Banjir adalah sesuatu yang kami nanti-nantikan tiap-tiap tahun. Kawasan rumah kami memang tiap tahun banjir. Orang lain kalau banjir takut kan? Tapi pada kami banjir tu macam pesta. Pesta air!.

Dekat depan rumah kami kan ada sungai. And kalau hujan lebat 2,3 malam tak berhenti. Memang air akan naik lah. Biasanya banjir waktu hujung tahun dan awal tahun. Aku ingat lagi tiap awal tahun memang aku tak pergi sekolah. Alasan banjir. And ramai budak kampung aku yang tak pergi sekolah atas alasan banjir. Paling best bila balik je sekolah tengok-tengok air naik!. terus tukar baju terjun mandi hahha.

Biasa kalau banjir waktu pagi dalam pukul 7-9 pagi. Waktu tu memang kami dah bangun dan dah ready tunggu air naik hahha. Kalau pukul 8 air belum naik, kami akan pergi tengok kat jambatan tu. Tengok banyak mana dah air naik, agak-agak hari ni banjir tak, ke hujan dah berhenti tak jadi banjir.

Jambatan tu jugak ada banyak kenangan kami. Kami pernah ambik gambar atas jambatan tu waktu air tengah naik. Kalau kau tengok gambar tu kau tahu lah kami ambik waktu air betul-betul tengah naik. Air dah paras buku lali. That picture still ada dengan aku.  

Aku ingat satu hari tu, kami ramai-ramai pergi tengok air sampai mana dah. Memang masa tu air dah nak melimpah dah. Tapi hujan dah berhenti. So kami duk kat jambatan tu sambil tengok air.

Lepas tu Sema’ dia cakap “kalau selipar aku jatuh, hari ni banjir” dan tak lama lepas tu selipar dia jatuh betul-betul. Kami pun kalut lah nak ambik selipar dia. Apih dengan Leme masa tu turun ambikkan selipar dia yang jatuh dalam sungai tu. Nasib lah masa tu air memang dah nak melimpah. Dan selipar dia tak hanyut pergi jauh sangat.

Pukul berapa aku tak ingat hari yang sama..masa tu kami dah balik rumah masing-masing dah. Tiba-tiba ada orang cakap air naik dah!. Betul-betul hari tu banjir! And kami pun bersorak lah sebab boleh main air banjir.  

Masa air dah melimpah, kami tak terus mandi. Kami tunggu dulu air banjir bawak segala sampah sarap hanyut. Kau tak boleh terus terjun sebab air tu kotor lagi. Tunggu sampai air warna coklat semua barulah terjun.

Depan rumah kami ada padang. Padang tu boleh tahan luas jugaklah. So, dekat situ lah kami main bila banjir. Air banjir ni tak laju sangat, tak dalam sangat. Paling dalam paras pinggang. Kalau duk atas jalan tar depan rumah tu airnya paras lutut ja. Dalam padang paras paha.

Dulu sebelum Wok buat simen dekat laluan antara rumah aku dengan rumah Mok Teh, laluan tu tempat paling dalam and paling laju and paling extreme! Sebelum simen, laluan tu still berselut and bila banjir kat situ paling susah kau nak lalu.

Dengan airnya yang laju sebab dinding rumah yang halang laluan air. Dengan jalannya yang licin sebab selut. Memang extreme gila kawasan tu. Tapi still tempat paling best nak main bila banjir.

Lepas Wok simen laluan tu dah tak jadi extreme dah. Dah tak dalam. But still air dia laju. Kami paling suka hanyutkan diri dari tangga rumah aku sampai rumah Kak Yong. And nak naik balik ke tangga rumah aku tu memang susah gila sebab kau nak melawan arus yang laju.

Paling best pakai pelampung hanyutkan diri. Tapi nak naik balik tu seksa! Nak bawak pelampung tu sekali naik. Memang mencabar. Tapi kami tak kisah sebab rasa seronok mengatasi segala rasa mencabar.

Selain laluan antara rumah aku dengan rumah Mok Teh tu, tempat yang best nak hanyutkan diri adalah bawah rumah aku. Masa kau hanyutkan diri kat situ tak ada lah laju macam kat laluan tu. Tapi still the best. Lalu bawah rumah rasa macam lalu bawah terowong. Gelap lepas tu kena hati-hati kang langgar tiang rumah.

Tapi tempat yang paling best,paling luas nak main mestilah padang depan rumah tu. Masa banjir wajib bawak keluar pelampung semua. Dalam padang tu lah kami main pelampung. Hehhe..mesti kau tak percaya kan.. banjir-banjir pun main pelampung. Kan aku dah cakap.. banjir dah macam pesta air bagi kami. Jadi pelampung tu semua benda wajib!

Kau akan jadi lagi tak percaya kalau aku cakap ada yang bawak keluar kayak masa banjir. Heh! This is true story! Geng kuda(next story kau akan kenal) masa tu bawak keluar kayak Pok Ngoh. Diorang main dalam sungai depan rumah aku tu. Dalam padang tu pun dia main jugak. Kami ni tengok je lah. Sebab yang main tu geng kuda yang semuanya lelaki. Leme,Apih je lah main benda tu. Kami pelampung tu je lah.

Dah jadi kebiasaan kami jugak bila banjir, kami akan round kawasan baruh tu. Waktu banjir! Sebab nak try main kat kawasan rumah orang lain. Paling best dekat rumah Mek Su. Nak pergi rumah Mek Su tu kena lintas air deras dulu. Bahaya jugak lah untuk budak-budak sebenarnya. Jadi yang bertanggungjawab jaga budak-budak ni kami yang besar ni lah, aku, Kak Yong,Payah. Depan rumah Mek Su air dia dalam sikit berbanding dekat rumah kami. Sebab tu sangup lintas air deras semua tu.

Kami main depan rumah Mek Su kejap lepas tu sambung jalan. Lepas tu wajib singgah rumah Mek Nasir. Tiap kali lalu situ Mek Nasir mesti ada duk atas tangga rumah dia. Rumah Mek Nasir ada pokok jambu. Kami singgah ambik buah jambu dulu and lepak depan rumah Mek dulu lepas tu sambung jalan.

Lupa nak cakap yang kami jalan bila hujan dah berhenti. Tak pernah kau rasa kami berjalan dalam hujan. Bila hujan dah berhenti, dia tak adalah sejuk sangat. Aku ingat masa duk rumah Mek Nasir, Mek tegur bibir Una(rasanya) dah biru sebab sejuk dan lama sangat duk dlam air. Kami yang lain tak biru sangat

Lepas dah lepak rumah Mek kejap kami sambung jalan balik ke rumah. Lalu kawasan rumah Kak Mo. Depan rumah dia ada pokok(aku tak ingat nama buah tu). kami ambik buah tu lepas tu makan sambil berjalan pulang.

Aku tak tahu kenapa kami suka berjalan time waktu banjir. Padahal nak jalan dalam air tu bukan senang kalau kau tak tahu jalan. Yelah, dalam air mana kau nak nampak jalannya mana. Air banjir pulak tu keruh. Bukan air yang kau mandi kat kolam, jernih. 



#########################
Sampai sini dulu part kali ni. Ada sambungannya lagi part banjir. Part yang paling best mestilah panjang. Nak baca tunggu next entry okay! see ya!

Comments

Popular posts from this blog

Laskar Pelangi 8

Biarkan Jari Mula Berbicara