Laskar Pelangi 2

Mainan lain yang kitorang selalu jugak main ialah lompat getah. Kitorang sambungkan getah tali banyak-banyak cukup untuk kitorang main lah. Getah tali tu kitorang cari sendiri. Yang nie mainan dia nampak kasar la sikit. Kitorang kan ramai perempuan so,nampak tak proper la..tapi kitorang peduli apa,main ja..mainan nie kasar sebab tali getah tu,dia mula dari bawah and then dia naik sikit-sikit sampai tali tu lebih dari kepala orang yang pegang tali. 

So player kena lompat tali tu. Kalau tahap yang bawah pinggang,nak lompat tak boleh sentuh tali tu. Tapi kalau tahap pinggang dan keatas boleh sentuh. And dia ada macam macam style,skill or whatever it call untuk korang lompat tali tu. Ada style atau kami panggil ‘buah’ gunting.loceng,motosikal dan macam-macam lagi lah,aku pun tak ingat.

Guli..guli nie antara permainan bermusim. Bukan tiap masa kami main guli nie. Guli nie antara permainan yang unik dan menyeronokkan dan menghayalkan..hahah. Guli nie pun ada banyak cara boleh main. Dan kami sendiri pun suka untuk mencuba cara baru. Cara yang selalu kami main ialah, cara target. 

Hehe…sebenarnya aku xtau namanya apa. So, kita bagilah nama sendiri. Ok cara mainnya adalah dengan player tu akan tage(yuran keahlian?(^-^)) berapa biji guli(yang dipersetujui oleh player lain)sebagai modal, ke dalam petak yang dilukis diatas tanah. Luas petak tu bergantung kepada berapa banyak guli yang kita tage. Oh ya,mainan nie dimain secara individu. Tak ada team.

Ok…untuk pilih sapa yang gerak dulu, kita pilih dengan tengok guli sapa yang paling tinggi kedudukannya selepas dibaling. Kita baling dengan player tu akan berdiri di sebelah kotak guli yang kita letak tage kita tu dan baling ke sebelah lain kotak(lantaklah kalau korang tak faham pun). 

Player yang jalan dulu dia akan pergi ke tempat guli dia dan dari situ dia akan target guli yang berada dalam kotak. Bila kena dan guli yang ada dalam kotak tu terkeluar dari kotaknya,player tersebut akan mengambil guli tersebut dan guli itu dah jadi hak dia. Situasi ini juga memberi hak kepada player itu untuk menyerang player lain. Bagi player yang tidak dapat mengeluarkan satu biji guli pun dari kotak, dia tidak dapat untuk menyerang player lain. Serang menyerang hanya menggunakan sebiji guli sahaja. Mainan akan tamat bila guli tage sudah habis dari kotak.

Mainan ini ada rule dia sendiri dan boleh berubah atas persetujuan player-player. Antara rules dia ialah:
1-untuk player itu tersingkir,hendaklah guli itu beralih dari kedudukan asal.
2-player boleh/xboleh menutup guli dia jika ada plyer yang target guli dia.
3-apa-apa rules lain yang diterima dan dipersetujui player lain. 

Mainan ni sebenarnya terkenal dalam kalangan lelaki. Tapi disebabkan kami kekurangan lelaki, semua permainan yang selalunya dimain oleh lelaki kami main. Adalah tidak sopan bagi seorang perempuan untuk bermain guli. Tapi seperti yang aku cakap tadi, kami main ja semua benda. Yang lelaki xmain pun kami main.



#######################
okay..done part 2. Untuk 3 part pertama aku banyak cerita pasal game yg kami selalu main dulu. Part yang seterusnya nanti aku akan cerita banyak lagi..pasal sungai, banjir, kuda, meggi..semualah! Banyak sangat sampai aku tak boleh nak senaraikan. 
So...jumpa lagi di next part okay. Ciao!

Comments

Popular posts from this blog

Laskar Pelangi 8

Biarkan Jari Mula Berbicara