Posts

Showing posts from October, 2019

Bila Jari Menaip

Jari yang menaip ini menjadi perantaraan memori yang ingin disampaikan. Ketahuilah kamu bahawa tuan punya jari ini are not good at words.  Aku cuba untuk menggunakan ayat yang senang kau nak faham. I know ada ayat aku yang ntah pape. But the story, the memory aku harap sampai lah. Semasa menaip kepala aku membayangkan semula all the memory. Semuanya bermain dalam kepala jadi aku tak tahu apa yang aku tulis tu sama dengan apa yang dalam kepala aku.  Its like...semua memory of that bermain dalam kepala aku. Contoh aku tengah taip pasal how deep the air banjir is..and then dalam kepala keluar bayangan kami main pelampung tu.  So..you know..tak selari. That why ayat nya..storynya tak ikut turutan..aku just tulis ja. But the idea is there. At least kau boleh bayangkan situasi tu.. tu dah cukup. And diorang yang share the same memory boleh ingat balik kenangan tu. Thats enough for me. 

Laskar Pelangi 7

Benda yang selalu juga kami buat bila banjir ialah makan! Makan ubi kayu Mok Teh panas-panas…heaven! Makan pulak sambil duk atas jalan tar,atas tangga dalam air..lagi best. Mok Tek selalu masak ubi kayu time banjir. Ubi keling.. Rebus lepastu makan dengan kelapa campur gula…ikan goreng..memang heaven! Masa tengah main Mok Teh bawak makan letak atas more(tangga) rumah aku. Makan ramai-ramai. Lepastu sambung main air. Kak Ma(mak Kak Yong) bawak balik makanan yang tak habis jual. Makan ramai-ramai. Biasanya air naik tak lama. Kalau pagi naik, malamnya dah surut. Tapi kalau still hujan tak berhenti..malam tu kami risau jugak. Ada lah dua tiga kali banjir hujan tak berhenti-henti sampai air makin naik. Kami terpaksa berpindah. Dulu kami pindah tidur kat surau kampung. Semua tidur sekali dekat surau tu. Then,year after that kami dah tak duduk kat surau tu dah kalau kena pindah. Lepas pada tu tiap kali pindah mesti pindah kat sekolah cina dekat bandar. Tempat perpindahan kalau

Laskar Pelangi 6

This part pasal banjir!! ni part paling best!. paling ditunggu-tunggu tiap tahun. Memori dengan banjir ni banyak. Tiap tahun ada. Tiap tahun ada kenangan baru. Tapi yang paling aku ingat this couple of story for that couple of year.(ayat ntah pape). Banjir adalah sesuatu yang kami nanti-nantikan tiap-tiap tahun. Kawasan rumah kami memang tiap tahun banjir. Orang lain kalau banjir takut kan? Tapi pada kami banjir tu macam pesta. Pesta air!. Dekat depan rumah kami kan ada sungai. And kalau hujan lebat 2,3 malam tak berhenti. Memang air akan naik lah. Biasanya banjir waktu hujung tahun dan awal tahun. Aku ingat lagi tiap awal tahun memang aku tak pergi sekolah. Alasan banjir. And ramai budak kampung aku yang tak pergi sekolah atas alasan banjir. Paling best bila balik je sekolah tengok-tengok air naik!. terus tukar baju terjun mandi hahha. Biasa kalau banjir waktu pagi dalam pukul 7-9 pagi. Waktu tu memang kami dah bangun dan dah ready tunggu air naik hahha. Kalau pukul 8 a

Laskar Pelangi 5

Menarilah dan terus tertawa Walau dunia tak seindah syurga Bersyukurlah pada yang kuasa Cinta kita di dunia… Selamanya ###################################### Boleh dikatakan semua pokok dalam hutan tu kami dah jejak. Mula dari pokok celagi depan tu sampai ke pokok langsat dekat dengan sawah tu. Semua pokok kami dah naik hahha. Owhh…cakap pasal pokok dekat sawah tu kan… ada satu pokok manggis dengan pokok langsat dekat dengan sawah tu. Bila kau duk situ kau terus boleh nampak sawah. Means that dah xde pokok lain lindung. Dekat situ ada satu kolam? Lubang? Dekat dengan pokok manggis tu. Kami pernah mandi dalam kolam tu.  Lepas tu...ada satu pokok dekat kolam tu yang berantai..tergantung dari pokok tu(aku pun tak tahu macam mana nak ckp bg kau faham) yang selalu kau tengok dalam citer tarzan tu. Gantung-gantung tu. Ha…yang tu kitorang buat main terjun ke dalam kolam tu. Pandai-pandai lah korang imagine. Selalu jugak kami mandi kat kolam tu. Nak,nak bila

Laskar Pelangi 4

Jom kita beralih pulak ke hutan..hehhehe..lupa nak cakap pasal lokasi rumah kitorang. Ok….rumah kami terletak di Kampung Sungai Hala, Machang (kawasan Baruh). Rumah kitorang nie letak dia dekat hujung kampung. Kawasan baruh tu maksud dia kawasan tanaman padi atau kawasan sawah.  Dah namanya kawasan sawah, memang banyak lah sawah kat kawasan rumah kami. Yang uniknya…depan rumah kami ada sungai,sebelah rumah kami ada hutan(kebun buah dah macam rupa hutan),belakang rumah kami ada sawah.  Unik tak??  Sungai depan tu kami tak guna untuk mandi..sungai tu tak sebersih sungai yang lagi satu…tak jauh dari rumah kami. Untuk nak ke sawah belakang,kami akan masuk ke hutan tu dulu. Masuk ke dalam hutan sampailah jumpa hujungnya. Tak panjang pun. Hutan tu pun bukannya tebal sangat pun. Nama ja hutan tapi sebenarnya kebun buah. Dalam hutan tu pun ada banyak kenangan kami..nanti aku cerita ehh.. baca sampai habis. Boleh dikatakan semua pokok dalam hutan tu bertanda. Tanda apa? Hahha tanda