Laskar Pelangi 9

Jom sambung kenangan kita part sungai....

Okay..so, bila tiba ja cuti hunjung minggu. Kami akan ajak ‘orang tua’ geng mak-mak tu la..untuk mandi sungai. If diorang nak pergi lah. At least sorang kena ikut kami pergi mandi. Biasanya Tok Nun dengan Mok Teh yang akan ikut kami. Umi aku jarang ikut kalau dia xada baju nak basuh.

Kalau Tok Nun atau Mok Teh tak nak ikut, kami ajak Mek Nasir. Mek Nasir selalu jugak temankan kitorang mandi sungai. Kadang ada jugak kami join Mok Sa ikut diorang pegi mandi sungai. Kalau tak ada orang nak pergi, kami pergi sendiri ja. But ramai-ramai lah. Kalau tak cukup geng tak pergi jugak. Aku rasa tak ada yang pergi mandi sungai sorang-sorang (kecuali yang lelaki). Mana best mandi sungai sorang-sorang bro.

Nak ajar geng mak-mak ni bukan senang. Kalau cuti hujung minggu 2 hari (jumaat,sabtu), kami  nak mandi sungai dua hari. Geng mak-mak ni perginya sekali ja setiap hujung minggu. Sebab tu lah kami pergi ja sendiri tanpa orang dewasa. Tapi pandai-pandai lah jaga diri masing-masing.

Biasanya kalau kami pergi sendiri, kami tak bawak lah budak-budak bawah umur ni hhaha…macam lah kami masa tu tua sangat. Maksud aku budak-budak umur 5,6 tahun tu tak bawak lah. Mana best nak mandi sambil jaga budak. Kami nak main tempat yang dalam..budak-budak mana boleh.

Yang bestnya kalau mandi sungai dengan geng mak-mak ni..depa bawak bekal. So kami selalu jugak berkelah dekat sungai tu. Nikmat dia bila makan dalam sungai tu…ramai-ramai..best! Kami akan makan bila mak-mak ni dah siap basuh kain semua. Then depa akan panggil makan.

Makan dalam sungai lagi best dari makan tepi sungai atas pasir. Tapi kena extra careful lah sebab kalau jatuh..hanyut terus lah makanan kau. Ada lah beberapa kali makanan kami hanyut sebab jatuh.

Makan dalam air kitorang akan cari tempat yang cetek. Bahagian tengah adalah tempat yang paling cetek dekat sungai tu. Tempat yang jadi tempat basuh kain tu. Dekat situ lah kami makan ramai-ramai.

Lepas makan sambung main balik. Sambung kejap je. Lepas mak-mak ni dah siap mandi kami kena lah ikut depa balik. Paling tak best masa nak balik. Selalu rasa kejap je main. Kalau boleh tak nak balik. Nak stay je dalam sungai tu. Lepas tu mak-mak ni akan membebel lah. ‘kau ingat kau duyung nak duk dalam air 24jam’ tu antara ayat yang selalu lah dengar bila diorang start membebel.

Mandi dengan geng mak-mak ni best jugak tau. Kalau dengan Tok Nun dia ajar kami macam-macam. Dia ajar kami macam mana nak gosok gigi kalau tak bawak berus gigi dan ubat gigi. Haaaa..nak tahu macam mana? Tunggu lah next entry ya..hahhaha..bye bye!


Comments

Popular posts from this blog

Laskar Pelangi 8

Biarkan Jari Mula Berbicara