Laskar Pelangi 8
This part pasal sungai(plus empangan plus lubuk sawah)
This one is special part. Special sebab jarang-jarang sekali pergi. Sungai adalah tempat paling best waktu kecil dulu. Sejak masuk sekolah menengah kami dah tak pergi dah sungai tu. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab waktu tu sungai dah jarang buka.
Sungai tu pun banyak menyimpan kenangan kami waktu kecil. Tempat yang wajib pergi kalau cuti weekend. Sungai aku cakap ni bukan sungai depan rumah kami tu tau. Ini sungai yang aku cakap jauh sikit dari rumah kami.
Nak pergi sungai tu kena lalu depan rumah Mek Su, kena lalu kawasan tanaman ayah Suzy. Kena lintas parit hahhaha…then jalan straight baru jumpa sungai tu.
Kalau dulu kami pergi sungai bila cuti weekend. Sekali dengan umi aku, Mok Teh, Tok Nun. Diorang pergi bawak bakul berisi kain. Mesti kau tak percaya kan? Yes… kami basuh kain kat sungai tu. Kami budak-budak ni akan bawak kasut sekolah basuh sendiri.
Best basuh kasut sama-sama ni. Yang malas nak basuh pun akan basuh jugak sebab tengok orang lain semua duk basuh kasut. Setiap kali weekend mesti pergi sungai basuh baju. Aku ingat lagi kami jalan berbaris pergi sungai ramai-ramai. Dengan bakul kainnya, dengan plastik nak isi etoknya. Dengan tuala atas kepalanya…
Yang basuh kain mestilah mereka mak-mak ni. Kami sampai-sampai ja terus terjun. Geng mak-mak ni akan ambik tempat tepi sungai dan dalam sungai. Tempat yang tak dalam lah. Diorang akan kumpul pasir biar jadi tinggi. Lepas tu diorang letak plastik beras buat alas and then mula la basuh baju.
Nak senang aku cerita macam ni lah ehh…sungai tu aku bahagi pada tiga bahagian. Bahagian atas, tengah dan bawah.
Okay…mak-mak ni akan basuh baju di bahagian tengah. Sebab kawasan tengah ni yang paling cetek. Senang untuk depa basuh baju. And tiap kali sampai sungai, depa akan ambik tempat kat kawasan tengah tu lah.
Lepas tu diorang awal-awal lagi dah warning kami jangan main kat kawasan atas selagi diorang tak siap basuh baju. Sebabnya kalau kitorang main kat kawasan atas nanti air jadi keruh sebab selut. Sebab kami kalau main kat atas tu mesti nak terjun punya. And kawasan tu banyak selut. Jadi kami hanya boleh main kawasan tengah atau kawasan bawah sahaja.
Tapi tempat yang paling best nak mandi ialah kawasan atas. Sebab kawasan atas tu ada tebing untuk kami terjun. Tapi sebab tak nak kena marah, kami main lah kawasan bawah.
Kawasan bawah ni boleh tahan jugak lah. Dia ada juga tempat untuk melompat tapi tak tinggi sangat. tak setinggi kawasan atas tu...Tapi boleh lah. Best juga. Ada kawasan yang airnya dalam kat bahagian bawah tu. Tu pun antara tempat paling best nak main.
Aku ingat kat kawasan tengah, dekat-dekat dengan kawasan bawah. Ada satu pokok yang rendang. Dahan dia dah nak masuk dalam air dah. Kat situ antara tempat yang dalam juga lah. Sebab teduh. Tapi tak lah dalam sangat. Situ lah tempat yang kami akan mandi dulu bila sampai. Lepas mandi kat situ baru lah kami mandi kat kawasan bawah. Bila mak-mak dah siap basuh kain baru naik mandi kat atas.
############
Banyak kenangan kami kat sungai tu. Aku tak tahu nak cerita macam mana. Im not good at words so...nanti-nanti lah aku sambung ye. Bye!
Comments